Saturday, May 1, 2010

Episod 2: Jungle Camp!! Oh.. Sadisnya! : Part 3

Sheqah sudah pun menunjukkan riak wajah risau. Ilya memang satu-satunya ahli yang ditugaskan memegang map. Enam map ada bersama Ilya. Tapi sekejap! Sheqah sendiri ada menyimpan peta sendiri , JIC kalau Ilya terlupa. Peta itu ada dalam back pack..

Cari punyalah cari, tak jumpa jugak! Habislah.. Hah! Baru dia teringat.. Mana tak nya tak ada, udeyh lupa nak letak! Alamak! Macam mana nak keluar dari hutan ni???

Sheqah: I guess, we just have to stay here overnight,,
All: WHAT?!!
Sheqah: Nampaknya begitu.. Kita tiada pilihan lain lagi.. Sori ye? Saya tak dapat nak tolong korang semua.. :weeps:

Baru sahaja Sheqah mengumumkan kepada semua ahli cheerleaders tiada jalan keluar, tiba-tiba mereka semua terdengar bunyi dari semak-samun di keliling mereka.

Nina*TC*: Apa tu??

Keadaan semakin suspen. DUSH!! Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh. Bunyi itu datang dari sebuah pokok. Apa yang terjadi? Sekumpulan dari ahli Cheerleaders mula bergerak ke arah bunyi tersebut.

Baru sahaja satu tapak melangkah ke arah pokok tersebut, tiba-tiba....

Ummi: Argh!!
Alyia: Lili!! Apa awak ni! Jangan nak lari dari saya! Padan muka jatuh pokok!
Lili: Lari!!
Cuna: Jangan cuba nak lari!
Yana: Hey! Lili! Penipu!

Rosliza Rohayu, atau nama panggilannye, Liza,dengan beraninya, datang dekat pada Meera yang agak diam. Mungkin dia masih terkejut kot. Baju sports yang sebelum ini dipakai elok, sudah bertukar menjadi koyak-rabak. Rambutnya yang cantik dan kemas diikat tiba-tiba pula jadi serabai. Begitu juga ahli-ahli The Prettybabes yang lain.

Liza: Ameera!
Meera: What! Awak pun nak tipu saya?
Liza: Come on.. Kita pernah jadi kawan bukan?
Meera: Apa yang awak nak?
Liza: Saya cuma nak tahu saja.. Apa dah jadi?
Meera: Are you ****** or what? Takkanlah saya nak bagitahu!
Liza: IRA! Sejak bila awak pandai mencarut?

Ya! Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, Liza dan Meera, yang best friend forever dari Lady Bird Kindergarten hinggalah ke Tingkatan 3!

Meera: Dont ever call me Ira again!
Liza: Ira..
Meera: Shut up!

Meera dengan angkuhnya berjalan pergi meninggalkan Liza keseorangan kembali. Liza hanya mampu mengeluh melihat keangkuhan ex-friendnya. Dahulu dia tidak begitu. Entah apa yang berubah...

Semua ahli cheerleaders hanya mampu menyaksikan sahaja peristiwa The Prettybabes MENGEJAR Lili Amnah. Sekurang-kurangnya, terubat juga hati mereka dengan gelak tawa sesama sendiri! Manakan tidak, The Prettybabes yang popular, 'bermain' kejar-kejar dengan Lili Amnah!

10 minit kemudian, mereka hilang dari pandangan. Tetapi, The Coolbabes sudah tidak pedulikan kehilangan atau kemunculan The Prettybabes atau sesiapa pun lagi. Sekarang, mereka sedang mengadakan mesyuarat yang bakal mengubah cara kehidupan mereka!


Sheqah: So.. Macam mana pun caranya, kita akan terperangkap dalam hutan.
Anna: WHAT??!!
Sheqah: Until.. Somebody finds us..
Anna: Oh..
Nabilah: Tapi.. Sampai bila?
Sheqah: Itu , saya tak tahu... 'sigh' Think girls! Think!
Syaza: Saya ada terfikir.. Tapi..
All: Tapi?!!
Syaza: Tapi mungkin tak akan jadi sebab..
All: Sebab??!!
Syaza: Sebab plan saya ni, kena cooperate dengan The Prettybabes!
All: WHAT??!!
Anna: Sekejap.. Sekejap.. Macam mana pulak kena cooperate dengan The Prettybabes?
Syaza: Ini plan kita.. Mula-mula, kita kumpulkan dahulu semua ahli-ahli cheerleaders. Kita tanya, siapa yang paling berpengalaman dalam hutan.
Ilya: Dan..
Syaza: Dan.. Kemudian, selepas kita berjaya set-up kan semuanya, kita perlukan satu alat perhubungan yang hanya The Prettybabes ada!
Sheqah: Apa benda tu?
Syaza: Cellphone!!
Hanan: Bukan saya baw.. Oh tak.. Baru saya ingat.. Diorang semua ada kata.. Tak boleh bawa phone pergi masuk hutan.. Kononnya takut hilang lah.. Itulah.. Inilah..
Syaza: Dan saya tahu, kitorang memang mematuhi peraturan tu.. kecuali..
Ain: The Prettybabes yang paling suka langgar peraturan!!
All: BINGO!!


Sheqah dan The Coolbabes yang lain bergerak ke arah The Prettybabes yang kini sedang berehat di bawah sebuah pokok yang rendang sambil minum air masak yang sejuk yang dibawa dari kem.

Alyia dengan pantasnya menyedari tujuh susuk badan berada dihadapannya. Dia dengan cepat membetulkan rambut, posisi kedudukan dan muka putih bersihnya. Kemudian, dia bangun.

Alyia: Ye? Kenapa?
Sheqah: Um.. Hanan! Cakap!
Hanan: Kami nak tanya.. Kenapa korang kejar Lili tadi?
Alyia: Oh.. Tu.. Meera! Explain!
Meera: Sebenarnya, kisahnya begini...

----!!

Alyia: Eh? Betul ke kita lalu jalan ni?
Lili: Betul.. According to the map..
Alyia: According to the map?
Lili: Eh? Betul lah! Kita dah lalu jalan ni dua kali!
Alyia: See? I was right!
Lili: Umm..
Alyia: Umm ape lagi? Cepatlah bawak kitorang balik kem! Saya tahu, awak kan pakar! Tak ada map pun tak apa!
Lili: Ha.. Baiklah..

Lili mula berfikir sejenak. Tidak mungkin dia boleh keluar dari hutan ini dengan hanya mengikut firasat sendiri! Dia bukan SUPERHUMAN. The Prettybabes sudah memaksa. Mereka mahu saangat keluar dari hutan ini. Fikir Lili.. Fikir.. Fikir bagaimana nak bawak diorang ke satu tempat pastu... Ha!!! Dah dapat!

Lili: Okey! Girls.. Follow me!!

Alyia dan yang lain hanya mengikut sahaja. Tidak ada bantahan kerana mereka percaya sepenuhnya kepada Lili. Tiada ragu-ragu. Lili membawa mereka ke sebuah gua. Cuna mula pelik..

Cuna: Lili? I thought you are going to take us home!
Lili: Yes! Um.. This is.. Umm.. Ape tu? Um.. Shortcut!
Alyia: Ha! Bagus! Lagi cepat.. Lagi bagus!
Lili: Um.. Alyia? Boleh tak saya nak jaga di gua di luar, korang semua masuk dalam. Ye lah.. Apa-apa jadi, saya boleh maklumkan kepada korang..
Ummi: Kalau awak kat luar, macam mana kitorang nak pergi balik kem?
Yana: Betul tu! Siapa yang nak guide kitorang balik kem?
Lili: Macam ni.. Dalam gua tu, ada satu je pathway.Korang ikut je pathway tu. Sure sampai!
Shikin: Well... Okey.. ?

Ketujuh-tujuh gadis itu terus berarak masuk serentak ke dalam gua yang agak kecil itu. Sementara mereka di dalam, Lili cepat-cepat cabut lari dari situ! Apalah nasib The Prettybabes yang menyebabkan pakaian mereka kotor teramat??

The Prettybabes meneruskan perjalanan ke dalam gua itu. Mereka tidak tersangka langsung mereka sebenarnya ditipu sehinggalah..

Yana: Alyia! Dead end!
Alyia: What??
Ummi: AAARRGGHH!!!
All: Ummi! Kenapa??!
Ummi: T-t-tuu...

Ummi menundingkan jarinya ke arah satu makhluk Tuhan yang sedang berlegar di dinding. Sikit lagi.. Sikit lagi.. Dah sampai! Di mana? Kepala Ummi!!

Apa lagi? Teruslah Ummi cabut! Ahli The Prettybabes yang lain juga turut ikut jejak Ummi yang melarikan diri. Oleh kerana mereka semua atlit-atlit sukan yang amat gah popular, larian mereka teramatlah laju sehinggakan tidak sampai 5 minit, semua sudah memecut keluar dari gua tersebut!

Alyia: Habis! Baju Adidas ku!!

Ummi: Get it off! Get it off!!

Meera dengan pantas dan tangkas sekali mengambil ranting kayu dan memukul dahi Ummi. Lipan itu akhirnya mati juga. Tetapi..

Meera: Ummi!!
Shikin: Ummi!
Alyia: Ummi!
Cuna: Ummi!!
Yana: Ummi!!!!!
Ayu: Ummi!!

Ummi terus rebah ke tanah. Bagaikan pengsan pula. Di dahinya timbul benjol besar yang berwarna kemerah-merahan. Meera menggigil ketakutan. Alyia tergamam. Cuna terkejut. Shikin tersedak. Yana menerjah ke arah Ummi. Ayu... kekal senyap.

Yana: Ummi!! Bangun!
Cuna: Ketepi! Ketepi!!

Cuna datang dengan sebaldi air lalu disimbah ke muka Ummi. Ummi dengan lajunya bangun dan terus menjerit bagaikan orang kena histeria. Yana sudah pun mengucapkan syukur alhamdulillah dalam hati kerana sangkakan Ummi sudah pengsan dan tidak akan bangun lagi.

Yana: Alhamdulillah.. Ummi! You are awake!
Ummi: AAAAHH! Kenapa basah??!!
Cuna: Sebab baldi ni..
Ummi: FUh... Shivering..
Yana: Jap.. Nah! Ambil ni!
Ummi: Terima kasih... Burr..

Alyia: Cuna! Jom! Kita kejar Lili tu! Yana! Help Ummi out! Yang lain.. Jom kejar LILI AMNAH!!

♠-♠-♠-♠-♠

Meera: Dan.. Begitulah kisahnya..
Alyia: Thanks, Meera. Hah! Apa lagi tercegat-cegat kat sini? Cepat pergi blah dari sini!
Syaza: Relaks.. Relaks.. Kami ada perkara yang mahu dicakapkan..
Alyia: Ha.. Cakaplah!
Syaza: Sebenarnya.. Kami nak.. kita bekerjasama untuk keluar dari hutan ini!
Alyia: What??!! No way!
Hanan: Come on! That would be the only way for us to get out of here!
Shikin: No way am I working with you kidS!
Anna: Eh? Mulut tu jaga sikit okey?
Ummi: Alyia.. Saya rasa.. Saya setuju dengan plan diorang..
Alyia: Are you serius?
Ummi: Yes.. They might be the only chance we're getting out of here!
Cuna: Saya pun setuju dengan Ummi.
Yana: Me too..
Ayu: Me three.
Meera: Saya.. pun.
Alyia: Okey! Fine! Kita ikut plan diorang but remember! We are still the ONE AND ONLY Prettybabes!
All: Roger!

Alyia bergerak ke arah Sheqah dan The Coolbabes. Lantas, Alyia berkata:

Alyia: We're in.

Cheerleaders yang berada di belakang, tak semena-mena meloncat-loncat kegembiraan apabila Alyia berkata. Yelah, dapat keluar dari hutan kan.. Best!!

◘-◘-◘-◘-◘

Malam tiba. Tidak seperti biasa, The Prettybabes kali ini tidak panik pula. Mungkin kerana sudah pun bersiap sedia membawa sleeping bag masing-masing. Khemah boleh dikongsi. Semua cheerleaders berkumpul di Bon Fire. Mereka mengelingi tempat itu. Alyia seterusnya berdiri.

Alyia: Okey. Let's start. Sebagai permulaan, saya nak umumkan. Lili Amnah secara rasminya terkeluar dari geng Cheerleaders menjadikan simpanan kita hanya dua orang. Sekarang, saya jemput Syaza dan Yana sebagai ketua Operation Get Out. Silakan.
Yana: Operation Get Out akan dijalankan bermula pada pukul 11 malam iaitu sekarang. Syaza. Please..
Syaza: Okey. Fasa 1. Mula-mula sekali, kita akan cuba contact Abang Kamal. Fasa 2. Cari jalan keluar. Fasa 3. Keluar dari hutan. Masa Fasa-fasa ni , Insha-allah, tak lama. Dalam.. lusa dah boleh keluar dah.
Yana: Sekarang juga kita akan mulakan Fasa 1. Okey! Sesiapa yang bawa handphone, letak dalam bakul ini!!

Yana mula mengelingi setiap ahli Cheerleaders. Satu-persatu handphone diletakkan. Selesai sahaja dia mengeliling, Yana mula mengira berapa handphone yang ada.

Yana: Hm.. Dekat sini ada.. 10 handphone. Cukuplah.. Okey! Siapa volunteer nak pegang handphone??

Serentak semua ahli Cheerleaders mengangkat tangan. Yana mula memilih secara random. Ini Mini Mieniy Mo.. Tu! Hm... Bolehkah Abby buat?

Yana: Okey! Yang terpilih.. Abby! Amira Syabihah sila ke hadapan.
Abby: Terima kasih..
Yana: Abby, awak akan pegang handphone IPhone 3G ni dan awak yang akan buat call untuk Abang Kamal.
Ummi: Yana!!!
Yana: Yezz, Ummi?
Ummi: Saya naaakk!!
Yana: Sorry.. But Abby is the chosen one..
Ummi: 
Yana: Berbalik pada tadi.. Abby, awak akan berdiri di atas pyramid yang bakal kitorang bina. Awak akan cari signal dan sebaik sahaja signal tu ada, awak kena cepat-cepat call Abang Kamal. Faham?!
Abby: Faham!
Alyia: Okey!! Cheerleaders! Rumble! We are going to make a pyramid! 1! 1! 1, 2 ,3, 4!

Semua ahli Cheerleaders mula bergerak dan mula membentuk pyramid satu-persatu. Pada asalnya, Alyia yang sepatutnya berada diatas tetapi oleh kerana Abby yang dapat memegang handphone, Alyia terpaksa turun ke yang nombor dua..

Semua mereka mula membentuk pyramid dengan 6 dibawah skali diikuti dengan 5, dan seterusnya 4 ,3 dan akhir sekali Abby. Alyia pula hanya duduk di hadapan pyramid dan mengarah itu dan ini. Tiba-tiba sahaja, iPhone 3G milik Alyia berbunyi.. beep..beep.. Abby cepat-cepat mendail nombor Abang Kamal. Berjaya!!

Abby: Hello? Abang Kamal? Abang masih bangun?
Kamal: Ya! Abang tengah sibuk main sms nih.. Ni siapa?
Abby: Ni Abby..
Kamal: Bukan korang semua dekat hutan ke?

Tiba-tiba, dari bawah, Ummi menjerit:

Ummi: Abbby! Cepat sikit! Saya dah tak tahan ni!!
Abby: Okey!!

Abby: Abang.. Boleh tak.. Kalau Abang.. Jemput kami balik esok hari?
Kamal: Boleh. Tapi bukan nak duduk situ seminggu ke?
Abby: AH.. Tak jadi .. Ad...

Belum sempat Abby menghabiskan kata-katanya, pyramid yang dibina tumbang. Semua ahli Cheerleaders berbaring diatas sesama sendiri. Sekali pandang, macam gadis-gadis cantik sedang berbaring.. Dua kali pandang, macam sampah merata-rata!

Episod 2: Jungle Camp!! Oh.. Sadisnya! : Part 2

Setelah Ayu pergi ke dapur semula untuk membuat koko panas buat setiap ahli member The Prettybabes, Yana pula, mula bersuara:

Yana: Nakalnya awak , Ummi! Licik sungguh!
Ummi: Ye ke? Hehe.. Tengok kaki lah!
Yana: Tapikan Ummi.. Tadi masa Abang Kamal papah awak, saya tengok, Sharina tu.. Cemburu sungguh!!
Ummi: Ye ke? Bagos! Baru dia tahu, Ummi Nur Asifa ni sape!!
Yana: Hehe..

Baru sahaja mereka berdua hendak bergurau senda, tiba-tiba Alyia datang dengan muka yang teramatlah serius. Dia membawa masuk notebook Official TP.. Atau The Prettybabes. Catatan nota di dalam tu amatlah penting , private dan secret. Coretan prank sebelum ini juga ditulis di dalam notebook itu.

Alyia: Girls. It is time.

Setelah Alyia berkata begitu, semua muka ahli The Prettybabes terus bertukar serius. Ayu juga, yang baru sahaja pulang dari dapur juga menurut sahaja. Mereka semua tahu, Alyia bakal membincangkan sesuatu yang teramatlah serius dan tidak boleh main-main.

Alyia: Cuna. Bila Abang Kamal free?
Cuna: Setahu saya, dia free masa kita tengah makan.
Alyia: Okey. Untuk fasa 1, saya akan melantik tiga orang ahli The Prettybabes untuk menjalankan tugas ini. Siapa yang nak volunteer?
Ummi: Saya!
Meera: Bolehlah! Dapat jumpa Abang Kamal!
Alyia: Anyone else?
Yana: Yess... I'm in.
Alyia: SO, ahli official yang akan pergi mintak permission pada Abang Kamal ialah Ummi, Meera dan Yana. Cuna! Please write that down.
Cuna: Roger.
Alyia: So, saya dan Cuna ada siapkan 'skrip' untuk korang bertiga. Nah. Ambil sorang satu. Hafal apa isi dia. Pastu, nak cakap, secara spontan. Jangan ikut bulat-bulat pulak!!

Ummi, Yana dan Meera mengangguk tanda faham. Mereka tahu, ini kerja yang penting dan perlu mereka laksanakan hari itu juga. Harapnya, plan mereka ini akan perfect all the way. Tetapi.. mereka tidak langsung teringat akan serangan kembali The Coolbabes.

___KABIN THE COOLBABES___

Anna dan Ilya membaca satu persatu maklumat di dalam notebook baru The Coolbabes yang telah dicoretkan oleh Ilya dengan kemas dan juga cantik. Senang mahu dibaca.


PRANK LANCARAN KEDUA THE PRETTYBABES

Fasa 1

Ahli yang ditugaskan: ____,____,____
Apa yang perlu dibuat:
Kata/Pujuk/Puji atau apa-apa cara untuk memujuk Abang Kamal supaya membenarkan ahli-ahli cheerleaders camping di hutan. Pada:
PAGI KHAMIS. Jangan bagitahu Abang Kamal bila mahu pulang. Apabila Abang Kamal bersetuju, kata pada Abang Kamal, kami tidak perlukan supervisor. Kami sudah pun mahir dalam meneroka hutan.

Fasa 2

Ahli yang ditugaskan:_____,_____
Apa yang perlu dibuat:

Pujuk/Rasuah Lili Amnah dengan barang-barang berjenama mahal. Lili Amnah: Budak Kampung yang teringin jadi popular. Lili Amnah mesti menjadi guide masuk keluar hutan. Jangan bagitahu dia rancangan penuh kita. Hanya bagitahu dia, kita mahu cuba meneroka atau jungle trekking di hutan bersebelahan dan perlukan dia untuk guide keluar masuk hutan.

Fasa 3

Ahli Yang Ditugaskan: Semua Ahli The Prettybabes
Apa yang perlu dibuat:

Buat map untuk ketujuh-tujuh The Prettybabes. Untuk ahli-ahli cheerleading yang lain, buat peta palsu. Kerja ini diperlukan seluruh anggota The Prettybabes kerana kerja yang banyak perlu dibuat. Sediakan kompas, air, makanan spare dan juga sleeping bag. Juga sediakan selimut putih. Dipelukan untuk berpura-pura akan camping bersama mereka dan juga untuk mencari jalan keluar.

Fasa 4 

Ahli Yang Ditugaskan: Semua Ahli kecuali ______,______ <-- membawa barang
Apa yang perlu dibuat:

Bawa semua anggota cheerleading masuk ke dalam hutan. Dua lagi ahli dikehendaki membawa bekalan The Prettybabes. Dua ahli ini dipertanggungjawabkan untuk check semua barang ada. Setelah selesai, The Prettybabes akan masuk. Setelah masuk, yakinkan mereka untuk set up kan khemah masing-masing, masak nasi dan lauk-pauk. The Prettybabes bertujuh akan berpura-pura keluar dari kawasan perkhemahan kononnya mahu cari air dan bekalan kayu api. Bawa Lili Amnah bersama. Dengan pertolongannya, kita keluar dan enjoy the rest of 2 setengah hari tanpa cheerleaders. Tinggalkan mereka hingga pagi Sabtu. Pada hari itu barulah kita cari kembali mereka kerana tidak mahu ketinggalan practice.
FASA 1

Ummi, Meera dan Yana segera ke almari pakaian masing-masing. Cuba memadankan pakaian yang paling sesuai buat mereka bertiga. Hmm.. Semuanya cantik! Mana satu ni...

Setelah lama memilih baju, (tak silap, dalam 1 jam kot..) tiba masa memakainya pula. Selepas itu, ber-makeup! Mereka perlu kelihatan cantik dan menarik supaya Abang Kamal pujaan hati mengikut keinginan mereka. Fuh.. Dalam masa 2 jam, ketiga-tiga ahli The Prettybabes, sudah kelihatan seperti supermodel! (lah sangat..)

~♥~

Syaza: Ain! Hanan! Cepat!
Ain, Hanan: Datang..

Syaza, Ain dan Hanan segera menyorok di bawah meja santai Abang Kamal. Nasib baik badan-badan mereka bertiga kecil, bersaiz S (ya ke?). Jika tidak, mungkin tidak muat! Yelah.. Ketiga-tiga sekaligus masuk ke dalam.

5 minit menunggu di bawah meja, kedengaran empat suara yang amat dikenali oleh mereka bertiga. Itu pastinya suara Abang Kamal, Ummi, Meera dan juga Yana!

Kamal: Masuklah. Duduk situ.

Syaza, Hanan dan Ain tidak sabar menunggu apakah yang bakal terjadi ketika itu. Mereka telah pun bersiap sedia dengan notebook The Coolbabes di tangan berserta pensel. Bersedia untuk mencatit apa-apa maklumat penting!

Ummi: Abang Kamal.. Tujuan sebenar kitorang datang sini..

Belum sempat Ummi menghabiskan kata-kata, pintu pejabat Abang Kamal terbuka luas. Siapa di pintu? Sharina!! Ketika itu, Ummi kelihatan panik seketika. Yelah, musuh dalam merampas Abang Kamalkan..

Sharina: Abang Kamal!!
Kamal: Huh? Ye?
Sharina: Nina tunggu kat luar ye?
Kamal: Ha.. Baiklah..
Ummi: Abang Kamal, kenapa dia nak jumpa Abang Kamal?
Kamal: Oh, dia cuma nak Abang teman dia pergi berkayak di tasik yang ada. Katanya, mahu Abang ajar dia cara nak berkayak.

Ummi tergamam seketika. Oh Tidakk!! Sharina sudah membalas kembali! Dia tidak boleh mengalah begitu sahaja. Ummi tekad. Dia mesti menghalang Nina! Kini, dia bertekad, mesti mengurung Nina di dalam hutan tak kira apa! Nina mesti tinggal di situ hingga hari Ahad!

Ummi: Abang Kamal, sebenarnya, kami, sebagai ahli jawatankuasa Cheerleaders, diutuskan oleh ketua, Alyia untuk meminta Abang Kamal supaya membenarkan kami membawa ahli-ahli Cheerleaders berkhemah di hutan. Camping.
Kamal: Hmm.. Abang rasa.. Boleh. Tapi, adik-adik kena isi borang ini. Pastu, hantar pada Abang. Pastu, Abang akan cari Guide untuk membawa adik-adik cheerleader semua berkhemah di hutan.
Yana: Eh! Tak payah.. tak payah.. Alyia dah tolong carikan dah.. Tidak perlu yang baru. Kami sudah ada pakar. Alyia kata, dia akan call staff dia, pastu, kami akan mendapat panduan yang paling lengkap dan best, seronok!
Kamal: Macam mana adik-adik bertiga nak call?
Meera: Itu senang, kami pinjam sahaja phone Abang!
Kamal: Hm,, kalau begitu, baiklah. Nah. Tak payah isi borang tu. Isi borang ni. Nanti Abang akan hantar kepada AJK penjaga hutan. Phone ni, pulangkan selewat-lewatnya esok. Abang ada hal nak pakai.

Sesaat setelah Abang Kamal habis berucap, Ummi mula muncung. Dia sudah mengagak! Pasti Abang Kamal mahu bermain sms dengan girlfriend :(relationship 2 tahunnya, Intan Dilyana!

Pulang sahaja mereka bertiga di kabin, Alyia yang bersifat amat prihatin terus bertanya tentang misi yang dijalankan..

Alyia: So?
Ummi: It went well..  
Alyia: Ummi?
Ummi: :sigh: Nina ABS curi KA Ummi!! (ummi hampir nangis)
Alyia: Sabarlah ...

Walaubagaimanapun, dalam hati Alyia sudah pun lega kerana misi yang dijalankan berjaya. Ketua operasi sudah semestinya Alyia. Dia tidak sabar menunggu esok hari bagi Fasa 2 pula. Fasa 2: Lili Amnah!



Kalau mahu tahu, Lili Amnah ialah anak saudara Cikgu Amnah Jambul Kembang iaitu guru disiplin setaraf singa betina malah boleh mengalahkan lagi singa betina, dari Sekolah Sri Bangsar, jiran sebelah.

___Kabin THe Coolbabes____

Syaza, Ain dan Hanan sibuk menceritakan segala-galanya kepada ahli-ahli The Coolbabes yang lain. Mereka bercerita dari A-Z. Tidak tertinggal satu huruf pun! Sheqah, Nabilah, Ilya dan Anna juga khusyuk mendengar.

Sheqah: So.. Are we going to interrupt the next phase?
Syaza: I don't think so.. Sebab, diorang just nak mintak tolong Lili Amnah sahaja.. So.. I suppose there is nothing to do..
Sheqah: Okey.. So.. Bila diorang nak jalankan Fasa 2?
Syaza: Tomorrow.

Hanan mengerling ke arah jam tangan Rolex nya. Sudah pukul 7.17 malam. Sekejap lagi nak masuk Maghrib. Allahuakbar Allahuakbar!! Allahuakbar Allahuakbar! Azan sudah pun berkumandang. Kedengaran suara merdu yang melaungkan azan itu sudah pastinya Abang Kamal. Menandakan, semua cheerleaders wajib ke surau sekarang juga, menunaikan solat. Kecuali yang tidak boleh tu..Faham-faham jelah....

Yang tidak boleh solat pada hari itu, dikalangan The Coolbabes ialah Anna, Ain dan Ilya. Sheqah, Syaza, Nabilah dan Hanan terus bergerak mengambil wuduk dan mencapai telekung masing-masing. Setelah itu, mereka terus ke surau.

~♥~
Sampai sahaja di surau, tempatnya hampir penuh. Apabila mereka berempat mencari kelibat The Prettybabes, keenam-enam gadis cantik molek itu tiada. Yang jelas kelihatan hanyalah Ummi. Ummi. Pasti kerana Abang Kamal. Gosip cepat tersebar di kem. Khabar angin mengatakan bahawa Sharina (The ABS) dan Ummi (ThePrettybabes) sedang berlawan merebut Abang Kamal.. Macam-macam betullah...

Esok harinya...

Alyia: Go! Go! One Two Three Four!

Semua ahli-ahli Cheerleaders bergerak sama rentak, sama laju mengikut lagu rancak yang dimainkan di CD yang dipasang. Semuanya bersungguh-sungguh. Semuanya kecuali Lili Amnah. Hanya dia seorang sahaja yang duduk di bangku berteduhkan payung The Prettybabes yang mahsyur. Besar payung tu! Lebih besar dari Lili Amnah sendiri. Yelah.. Untuk shade kan...

Tak lama kemudian, datang dua lagi ahli The Prettybabes yang bernama Shikin dan Cuna. Kedua-duanya mengiringi Lili. Lili sedikit pelik. Hari ini, hari Selasa. Mula-mula dia di 'excuse'kan dari latihan. Kemudian, Shikin dan Cuna yang glamor duduk bersama-sama dengannya. Apa agaknya yang bakal berlaku? Jarang ni! Yelah, Lili yang old-fashioned tetapi cantik dan berbakat itu tak pernah bertentangan mata dengan The Prettybabes. Apatah lagi duduk bersama-sama!

Cuna: Hai Lili! 
Shikin: Penat ye? Ambil lah air saya ni sikit!
Lili: :gulp! gulp!: Terima kasih.. Umm.. Kenapa korang tak pergi berlatih?
Cuna: Oh.. Hari ini, hari Selasa. Kitorang memang hari Selasa tak berlatih.

Lili berfikir sejenak. Bila pula Alyia mengizinkan ahli-ahlinya berhenti berlatih? Setahu dia, Alyia tidak akan memberi peluang walau sesaat pun untuk ahli-ahli cheerleaders berehat. Sama seperti sikap tegas yang diamalkan oleh kakak senior tahun lepas, Captain Of The Champions, Liyana Rahman. Liyana memang tegas dan digeruni oleh ramai pelajar Seri Bangsar.

Shikin: Anyway, saya dengar, awak selalu pergi hiking?
Lili: Ha'ah. Betul tu.
Cuna: Jungle trekkinglah Shikin!
Lili: Jungle Trekking pon saya pergi juga.
Cuna: Oh.. Kami nak tanya sesuatu boleh tak?
Lili: Boleh!
Shikin: Kami , The Prettybabes nak sangat pergi jungle trekking kat hutan tu.. Lili.. Awak boleh jadi guide kami tak?

Mata Lili bersinar-sinar. Baginya, tawaran dari The Prettybabes ini hanya datang sekali seumur hidup! Jika dilepaskan, tak akan datang kembali! Fikirnya, sekiranya dia terima tawaran ini, dia ada kemungkinan menjadi ahli The Prettybabes yang ke-8! Bestnya! Gelaran gadis kampung/ budak kampung pasti akan terus lesap dari mulut-mulut becok pelajar Seri Bangsar! Tanpa berfikiran panjang, tanpa berfikir dengan semasak-masaknya bahawa ini hanyalah sementara, Lili terus setuju!

Lili: Sudah semestinya!
Cuna: Bagus! Umm.. Awak boleh lukiskan peta tak?
Lili: Boleh sangat sangat! Saya lukis sekarang juga!

Reaksi ini sudah dijangkakan oleh Cuna dan Shikin. Mereka sudah pun tahu, Lili pasti tahu selok belok hutan belukar ini. Bukan belantara ye? Kalau belantara, sekali masuk, tak ada jalan keluar! Yess!! Fasa 2 berjaya dengan cemerlang, gilang dan terbilang! Tambahan lagi, mereka tidak perlu berlatih sepanjang hari itu kerana Alyia memberikan mereka pelepasan kerana perlu menjalankan Fasa 2!

Hari Rabu~~

Kini tiba masa untuk Fasa 3 pula. Sekarang untuk misi kali ini, mereka gunakan feather pen esklusif yang dibeli dari sebuah kedai. Pen itu kini di tangan Alyia. Dia sibuk mengisi borang yang telah pun diberikan oleh Abang Kamal kepada Ummi. Hmm..


BORANG HENDAK MENGGUNAKAN HUTAN ROCK JUNGLE CAMP

Nama Pengguna/Penganjur: Alyia Farzana (pengguna utama) THE WHOLE CHEERLEADING TEAM 

IC Penganjur: 921806-14-****

Tarikh Masuk: 13 Januari 2009
Tarikh Hantar: 12 Januari 2009

Waktu Masuk: 9.00 pagi

Alyia Farzana 
_______________________
Tandatangan Penganjur


Alyia datang ke arah Umi. Dia meminta Ummi tolong menghantarkan borang tersebut. Baru sahaja Ummi melangkah keluar dari kabin, Lili Amnah pula yang masuk ke dalam. Dia menyerahkan sehelai kertas yang agak tua kepada Alyia. 3 saat kemudian, dia berlari keluar dari kabin itu.

Alyia memandang kertas itu. Oh.. Ini peta untuk hutan tu.. Okey.. Tiba masanya untuk Fasa 3!

Alyia: Girls! Gather round! I have some special assignments for all of you!

Lima ahli The Prettybabes datang ke arah Alyia. Alyia duduk di atas sebuah kerusi plastik yang sudah tersedia manakala ahli-ahli lain duduk di atas lantai.

Alyia: Okey.. Let's start. Cuna! 5 more minutes, announce that practice is cancelled!
Cuna: Roger!
Alyia: Um.. Meera and Shikin, you girls copy this map. I want 8 copies.
Meera & Shikin: Fine.. Tapi kita ada tujuh je..
Alyia: Tambah satu for Lili.
Meera & Shikin: Ohh..
Alyia: And.. Yana dengan Ayu.. Korang copy map ni pulak.. 25-7.. hmm,,, copy 18.
Yana : Roger!!
Alyia: Start now! Nanti lepas Cuna dan Ummi balik, saya, Cuna dan Ummi akan tolong orang-orang yang men'copy'. Let's go,go, go!!

The Prettybabes tekun berusaha pada pagi Rabu itu. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan peta-peta itu dengan sebaik mungkin. Mereka ingat, di Rock Jungle Camp ini tak ada mesin copier? Ada! Mungkin mereka yang tidak perasan atau malu hendak bertanya.
Akhirnya, semua kerja-kerja itu siap tepat pada waktu makan tengahari. The Prettybabes segera keluar dari kabin dan terus ke Mess Hall kerana terlalu lapar dan dahaga. Yelah,.. tenaga mereka dikerah oleh Alyia yang mahukan kerja-kerja itu disiapkan dengan secepat mungkin!

~0x0x0x0~

Sheqah dan Nabilah segera menyusup ke kabin The Prettybabes. Mereka bergerak dalam diam kerana tidak mahu sesiapa menyedari kehadiran mereka. Akhirnya, mereka sampai di hadapan pintu kabin The Prettybabes. Seperti biasa, pintu kabin itu tidak berkunci.

Sheqah: Jom, Nabilah! Cepat..

Mereka masuk ke dalam. Argh!! Berkeroncong perut Nabilah. Bunyinya sangat merdu menyanyikan lagu rock Awie. Sheqah yang menyedari keadaan itu terus berkata:

Sheqah: Sabarlah.. Sekejap je nih.. Kita letak yang ni, kita simpan yang ori.
Nabilah: Yelah.. Sekejap je kan?
Sheqah: Iye.. Sekejap je..

Sheqah mencapai laci almari salah sebuah meja di kabin The Prettybabes. Ya! Peta-peta tersebut ada! Baiklah, sekarang hanya perlu menggantikan mereka dengan peta yang dibuat ini dan.. Voila! Tujuh peta asal dan ori sudah pun berjaya ditukar oleh Sheqah dan Nabilah. Diganti dengan tujuh lagi peta palsu. Mereka seterusnya bergerak keluar dari kabin itu dan menyimpan ketujuh-tujuh peta tersebut dalam kotak berkunci yang dimiliki oleh Nabilah. Selesai sahaja, mereka pergi ke Mess Hall..

!~SUcCeSS~SUcCeSS~SUcCeSS~!

Syaza: Hah! Tu pun diorang!
Sheqah: Hi.. Hari ni makan apa?
Ain: Makan.. Nasi putih kurang kalori dengan ikan masak kukus. Sedapp!!
Nabilah: Bagus.. Saya lapar nih..
Syaza: Chika! Macam mana dengan Fasa 2?
Sheqah: Selesai dengan jayanya!

Akhirnya, Pagi Khamis tiba juga. The Prettybabes sudah pun siap sedia dengan alatan mereka. Yang ditugaskan membawa barang sudah semestinya... Meera dan Shikin! Oleh kerana mereka yang paling berotot, Alyia melantik mereka menjadi pengangkat barang.. Kesian.. kesian..

Semua ahli the Cheerleaders berkumpul di hadapan hutan. Tiada seorang pun yang tertinggal. Semuanya di dalam baris mengikut kabin tersendiri. Hanya Lili Amnah sahaja yang duduk di hadapan bersama The Prettybabes.

Alyia: Okey! Ikut kami! Jangan sesat pulak! Nanti sesat, terpaksa duduk dalam hutan sorang-sorang nak? Kita mulakan sekarang!

The Prettybabes semuanya sudah bergerak maju ke hadapan. Mereka semua yakin, sekiranya Lili Amnah tiada di sisi, mereka pasti boleh menggunakan peta yang dipegang itu. Tapi malangnya, tidak seorang pun yang tahu, ketujuh-tujuh peta itu palsu!

~♠~♣~♠~♣~♠~

Sampai sahaja di tengah-tengah hutan, ada simpang di jalan hutan. Satu ke kanan, satu lagi ke kiri dan yang lagi satu terus ke hadapan. Oleh sebab mereka mengikut peta yang palsu, mereka terus berjalan ke hadapan. Mereka tidak tahu, jalan yang sebenar adalah ke kanan! Ahli-ahli cheerleaders lain hanya menurut sahaja termasuk The Coolbabes.

Sampai di penghujung jalan, barulah mereka sedar. Mereka kini berhadapan dengan gua bukan dengan campsite!

Lili: Eh? Peta ni salah ke? Setahu saya betul.. Saya yang ambil dari Abang Kamal..
Alyia: Umm.. Takpelah. Kita patah balik. Ikut jalan ke kanan. Nasib baik betul jalan ni lurus satu jalan saja tak ada simpang. Jom!

Mereka mula bergerak. Sampai balik di simpang yang sebelumnya, mereka mengikuti simpang kanan dan berjalan seterusnya ke hadapan. Bagus! Tiada simpang. Di situ juga ada tanda yang terpampang di situ bertanda CAMPSITE. Ini bermakna mereka di jalan yang betul.

Alyia: Okey! Semua ahli cheerleaders datang sini!! Saya akan agih-agihkan tugas. Kami, Kabin 1 akan bergerak mencari bekalan air. Kabin 2 akan dirikan khemah. Kabin 3 pula akan cari bekalan kayu api. Kabin 4 akan memasak untuk pagi ini. Pergi sekarang!!

Setelah semuanya beredar, (kecuali The Coolbabes yang ditugaskan memasang khemah) The Prettybabes mengepung Alyia.

Alyia: Okey! This is our ticket out of here. Let's go! Lili!!
Lili: Ya?
Alyia: Tiba masanya kita pulang ke kem.
Lili: Aik? Cepatnya! Bukan kita baru sampai ke?
Alyia: Yelah.. Jom!
Lili: Umm..Nak saya panggil diorang balik?
Alyia: Tak payah.. Tak payah.. Kita balik sekarang juga!
Lili: Baiklah..

Lili terpaksa akur dengan arahan Alyia. Yelah, dia tahu, sekiranya mahu menjadi ahli The Prettybabes yang ke-8, dia mestilah menuruti perintah ketuanya. Tidak boleh bantah, tidak boleh kompromi. Harus ikut sahaja.

-->The Coolbabes...

Syaza: Chika! Tengok tu! Diorang memang nak tinggalkan kitorang lah!
Sheqah: Yup! Just like they planned..
Hanan: Agaknya, diorang perasan tak?
Ain: Yelah kot.. Saya pasti, diorang mesti datang sini balik..
Syaza: Umm.. Ilya! Bawak tak tujuh peta tu?
Ilya: Bawak! Ada dalam sleeping bag saya.
Anna: Hm.. Lepas makan nanti kita cabut ye?
Nabilah: Cepatnye.. Dah nak zuhur tu, kita cabutlah.. Saya suka duduk kat sini..
Anna: Fine.. But.. Make it quick...
Syaza: Kita stay je sini.. Dah nak pukul.. 1 tu, kita cabut. Amacam?
Sheqah: Saya setuju.. Just kena pastikan map sentiasa ada!!
Ilya: Of course!!

Tengahari makin dekat tetapi The Prettybabes masih belum pulang lagi ke tapak perkhemahan mereka. Ada sesetengah dari cheerleaders sudah pun mula risau. Yelah, tidak sangka, dalam semua orang di situ, ada yang masih bimbang terhadap The Prettybabes..

Ilya: Macam mana ni? Foil lah plan kita nak cabut!
Syaza: Hmm.. Saya cadangkan, kita makan dulu, pastu kalau diorang tak datang juga, baru kita cabut! Amacam?
Nabilah: Saya okey je.. Tapi macam mana dengan yang lain? Takkan nak tinggal diorang sorang-sorang dalam hutan kot?
Syaza: Kita kena bawa diorang balik sekali!
Sheqah: Betul tu! Kita cakap kat diorang, pasal apa yang The Prettybabes dah rancang, pastu kita ajak diorang cabut!
Anna: Saya pun setuju!
Hanan: Kalau macam tu, baguslah! Saya pun tak suka duduk dalam hutan lama-lama...
Anna: Betul tu!!
Syaza: Okey.. Boleh jer..

Hmm.. Masa berlalu dengan cepatnya.. Tanpa disedari, matahari sudah pun berada tegak di atas kepala. Maknanya, sudah masuk waktu zuhur.. Ahli-ahli cheerleaders pula, sedang menikmati kelazatan ayam panggang yang baru sahaja dipanggang. Yummy!! Walaupun mereka sedar bakal menambahkan berat badan, tetapi mereka tidak kisah!

Setelah selesai menikmati makanan mereka..

Syaza: So?
Sheqah: So..
Anna: Jom! Saya nak bagitau kat semua orang sekarang juga! Saya tak kira!!!
Nabilah: Relaks dulu..
Anna: Tapi.. The Prettybabes tak datang lagi!
Sheqah: Girls! Jangan gaduh! Saya tak nak!
Nabilah & Anna: Sorry...
Sheqah: Okey, kita teruskan cadangan Syaza. Kita akan beritahu pada semua orang, plan The Prettybabes. Okey? Ilya! Boleh tolong ambil map?
Ilya: Okey!

Keenam-enam ahli The Coolbabes datang berjalan ke arah unggun api yang dipadamkan. Ilya pula bergerak ke arah sleeping bagnya dan mula mencari peta miliknya.

Sheqah: Boleh saya minta semua berkumpul?!!

Dengan segera, semua yang sedang berbual, berbaring-baring, tidur dan bergelak ketawa, berkejar-kejar datang ke arah Sheqah .

Sheqah: Okey! We have something to tell you all today! Syaza?
Syaza: The Prettybabes sudah hilang lama dah! Korang tak perasan ke? Kalau semua nak tahu, sebenarnya, mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kem! Diorang nak tinggalkan kitorang semua di sini! Tak boleh balik! Sampai bila? Saya tak tahu.. Tapi yang pasti, kita sudah ditinggalkan..
Farhah: Tapi.. Itu tidak adil!
Syaza: Ya! Saya tahu itu tidak adil! Kita semua bernasib baik kerana kami sempat menyedari prank The Prettybabes yang seterusnya! Oleh itu, kami sudah pun bersiap sedia dengan peta sendiri. Ilya?!
Ilya: Um.. Syaza, Sheqah, Anna, Nabilah, Hanan dan Ain..
ALl: Kenapa?
Ilya: Saya terhilangkan peta saya! 

Episod 2: Jungle Camp!! Oh.. Sadisnya! : Part 1

Bas berhenti. Mereka semua turun. Ada yang kelihatan seperti takut melihat tempat itu dan ada yang sedang terloncat-loncat kegembiraan. Di sinilah tempat di mana mereka, ahli-ahli cheerleaders bakal duduk selama dua minggu. Rock Jungle Camp.

Wajah-wajah pucat The Prettybabes jelas terlihat ketika sampai di situ. Semua mereka yang putih-putih belaka menjadi lebih putih akibat pucat yang teramat. Maklumlah, anak orang kaya. Sentiasa mengelakkan diri dari pergi ke kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka sebelum ini tiada langsung pengalaman. Kali ini, mereka terpaksa pergi kerana sebagai hukuman memulakan food fight. Bagi mereka, ini tidak patut sama sekali kerana setakat food fight, boleh sahaja dapat detention selama dua minggu. Tidak salahkan? Mungkin kali ini pengetua mahu mereka ikut bersama dan saksikan bagaimana kehidupan di kem yang dialami oleh para pelajar Seri Bangsar sebelum ini.

The Coolbabes pula lain. Mereka seronok tetapi pada masa yang sama sedih. Seronok kerana akhirnya dapat ke kem bersama-sama dan sedih kerana terpaksa bersama dengan The Prettybabes. Tidak lama selepas mereka sampai di Rock Jungle Camp, seorang lelaki berbadan tegap datang.

Kamal: Assalamualaikum!
Cheerleaders: Waalaikumussalam!
Kamal: Nama saya, Muhammad Kamal. Saya adalah fasilitator kamu selama dua minggu ini. Segala benda yang bakal kamu semua lakukan, adalah di bawah jagaan saya. Harap semua bekerjasama ya? Makan, Pakaian, Tempat tidur, Aktiviti dan macam-macam lagi.

~~ Ahh!! Kamal! Betapa drop dead handsomenya dia!! Tak tahan melihat! Hampir semua ahli Cheerleaders di situ terpegun melihat Kamal. Tetapi, yang paling kronik pastilah Nina!!

Kamal membawa mereka ke suatu tempat di mana beberapa pondok rumah terletak. The Prettybabes mulalah menggeliat. Tidak suka. Inikah tempat dimana mereka akan duduk??
Tidakkk!!! Apa kelas? Cheerleaders ni! Bakal mewakilkan sekolah ke Cheer Offs! Hohoh.. Ini tak boleh jadi...

Kamal: Okey, setiap kabin 7 orang. Saya punya kabin di tengah-tengah tu. Kalau ada apa-apa masalah lebih senang kamu semua nak cari saya. Ada apa-apa soalan?
Hanan: Abang Kamal, dekat mana kami nak berlatih?
Kamal: Oh, tempat padang kamu semua ada dekat.... situ!

Kamal menunjuk ke padang yang luas. Tiada lumpurlah.. Tapi still, The Prettybabes rasa jijik dengan padang itu. This place needs a real makeover!!!

Kamal: Lagi?
Nina *theABS*: Abang Kamal, abang umur berapa? Dah ada girlfriend ke??
Kamal (ketawa kecil): Abang dah.. 19 tahun. Masih tunggu tawaran ke universiti. Abang dah ada girlfriend.
Semua Cheerleaders: Alah... (terutamanya Nina)
Kamal: Girlfriend abang nama dia, Intan Dilyana.
Nina: Abang dah berapa lama dengan dia?
Kamal: Hmm.. dalam dua tahun?
Nina: Bila abang nak break dengan dia?
Kamal: Entahlah.. Nama adik ni , siapa?
Nina :Hehe.. NurSharina.
Kamal: Okey. Semua! Kabin dah tersusun, form into groups of seven!

Tidak sampai 5 minit, semua ahli-ahli cheerleaders sudah pun terbentuk group masing-masing. The Prettybabes sudah pastinya bersama-sama. The Coolbabes juga begitu. Ada juga diantara The Coolbabes yang tidak berjaya memasuki pasukan cheerleaders. Walau bagaimanapun, mereka tetap kena ikut kerana ini sebagai hukuman mereka. Malangnya, The ABS terpaksa bercampur dengan TheCutebabes oleh kerana tidak semua ahli ada. Itu pun separuh terpaksa berkongsi dengan Tingkatan 5.

Kabin 1 -

~ Alyia Farzana
~ NurJannatul Husna
~ NorDayana
~ Ummi Asifa
~ Nor Ameera
~ Nurul Ashikin
~ Ain Nadiera Ayu

Kabin 2 -

~ Nabilah
~ NurShafiqah
~ Hanan Hidayah
~ Anis Syaza
~ Ain Syuhada
~ Anna
~ Ilya Irdina

Kabin 3 -

~ Nur Sharina
~ Aliah Izzati
~ Nurina
~ Siti Syahirah
~ Nurul Fatin Amirah
~ Lili Amnah


Kabin 4 -

~ Nur Addina Ezlia
~ Nur Farhah Wahidah
~ Wan Eryfa Alya
~ Amira Syabihah
~ Rosliza Rohayu 

Setelah unpack selama dua jam, mereka semua berkumpul di hadapan kabin Abang Kamal tersebut. Kamal keluar dari kabin dan membawa mereka semua 25 orang ke sebuah tempat yang bernama MESS HALL.

Alyia: Mess Hall?
Kamal: Tempat makan kamu selama dua minggu.
Cuna: Tak boleh tukar nama lain ke? 
http://sekolahsribangsar.com/components/com_kunena/template/default_ex_bsb/images/english/emoticons/angry.png

Mereka semua segera masuk ke dalam kerana al-maklumlah, semua sudah lapar dan sudah pun bersiap sedia untuk makan tengahari. Makanan yang dibeli awal-awal lagi diletakkan dalam freezer. Sekiranya tidak suka akan makanan di Mess Hall, bolehlah makan makanan tersebut.

Kamal: Okey! Semua boleh beratur! Menu hari ni, butter rice with tandoori chicken. Low fat!

Ah..lega! Jika tadi takutkan sekiranya makanan di sini semuanya boleh menggemukkan, sekarang tidak perlu lagi. Yelah, cheerleaders mana boleh makan banyak-banyak! Nanti gemuk, tak boleh nak terloncat-loncat , terkinja-kinja dan juga uniform pasti tak muat.

Sharina: Macam mana Abang Kamal tahu kitorang tak boleh nak makan benda berlemak?
Kamal: Abang faham, kamu semua cheerleaders. Mana boleh makan benda berlemak.

Sedang mereka sibuk menjamu selera, Kamal sibuk bermain dengan telefon bimbit. Sharina melihat dengan penuh.. tahu-tahu sajalah. The Coolbabes dan The Prettybabes sekali lagi mencari tempat yang berjauhan sesama sendiri. The ABS juga punya meja tersendiri. Tidak kurangnya The Cutebabes. Kesian pula pada Tingkatan 5 dua orang itu. Terpaksa duduk semeja sorang-sorang. Nasib baik kedua-duanya kawan baik.

Mari kita lihat situasi yang sedang berlaku di meja The Prettybabes! !!

__meja Prettybabes__

Meera: MM!! This butter rice is delish!
Cuna: Meera, this is not the time for food!
Meera: Sorry..
Alyia: So, ape plan kita ni? Ummi? Yana? Any Ideas?
Shikin: Menyusahkan betullah.. Kena campak kat sini..
Ayu: Hmm...
Ummi: The only thing,
Yana: Is to bully them!
Alyia: Memanglah boleh, but!
Cuna: Remember, "Kamal Adli" ada!
Ummi: Oh yeah.. Dia cutelah!
Yana: Ummi, you better not! Kita datang sini nak kena practice, not to main cinta!
Ummi: 
http://sekolahsribangsar.com/components/com_kunena/template/default_ex_bsb/images/english/emoticons/sad.png
Yana: Anyway, Sharina aka Nina The ABS tu dah macam dah reserved dah..
Ummi: Alah...
Alyia: Girls?? Put your thinking caps!!
Yana and Ummi: Sorry..
Cuna: Hm...
Ayu: Hm..
Meera: Hmm..
Ayu: Saya ada idea!!
Alyia: Ape dia?
Ayu: Apa kata, kita masuk hutan nak?
Cuna: Jelaskan?
Ayu: I mean, kita wat camping trip ke hutan, and then, kita tinggalkan diorang dalam hutan, sesat. Meanwhile, kita dapatlah berseronok!!
Everyone: GENIUS!!

Mereka bertekad untuk menjalankan misi itu esok lusa. Bermakna, hari ini, hari Isnin. Misi jalan = hari Khamis. Okey! Lagi-lagi bila biasanya hari Khamis adalah waktu orang tengok cerita seram! Bagaimana pula dengan The Coolbabes?

__meja The Coolbabes__

Hanan: Seronok lah pulak datang sini!
Syaza: Betul!! Dahlah macam-macam ada!
Sheqah: Hm..
Syaza: Aik? Chika? Kenapa?
Sheqah: Takde pape..
Nabilah: Spill, girl. We wanna know.
Sheqah: Saya risau.. Diorang meti tengah bincang pasal nak kenakan kitorang lagi..
Anna: Pasal tu..
Ain: Kita mesti protect Tingkatan 4 yang ada!
Hanan: Betul!
Ilya: Sekarang ni, saya rasa kita perlu foil plan diorang, instead of balas balik!
Syaza: Saya setuju!
Sheqah: I'm sooo sure diorang tengah tulis something..
Syaza: New Mission! F.O.I.L ..
Sheqah: Okey! Saya lantik Syaza sebagai ketua mission FOIL (hehe..)
Ain: Bila kita akan beroperasi?
Syaza: Fill in the details. We will start, during practice.

Selepas makan, The Prettybabes pulang ke kabin dan dengan selamba meletakkan notebook official di atas katil tanpa apa-apa protection. Kemudian, mereka semua segera menukar pakaian sports dan pergi ke padang. Sampai sahaja di padang,

CEPAT! CEPAT! AHLI CHEERLEADERS! DATANG KE PADANG DENGAN MEMAKAI SPORTS UNIFORM ANDA SEKARANG! YOU HAVE 5 MINUTES! REPEAT! 5 MINUTES!

Semua ahli cheerleaders bergerak ke padang sebelum 5 minit itu sampai. Takut dikerah dengan lebih teruk lagi. Hanya dua orang sahaja yang tinggal di kabin. Siapa lagi? Jikalau bukan Anna dan Ilya..


MISSION : F.O.I.L

Time Operation: Waktu semua cheerleaders pergi berlatih di padang.
Main Objective: Ambil Notebook The Prettybabes.

1. Ambil dan cari Notebook tersebut. Pasti di tempat rahsia.
2. Setelah jumpa, ambil sebatang pen atau pensel beserta notebook The Coolbabes yang baru dibeli.
3. Salin. Tugas khas: Ilya menyalin dan Anna menyebut. Ilya lebih cantik tulisannya.
4. Letak balik notebook di tempat semula. Sekiranya ada masa, hilangkan evidence bahawa ahli The Coolbabes pernah datang.
5. Tutup pintu dan pergi semula ke kabin The Coolbabes.

AMARAN: Jangan bagi mana-mana ahli The Prettybabes perasan yang The Coolbabes ada!!

Kedua-dua mereka melihat ke luar tingkap kabin dan boleh nampak yang The Champions ( nama cheerleader Seri Bangsar ) masih tengah warm-up. Oleh kerana tiada line, Sheqah yang nampak mereka berdua termenung di luar tingkap kabin, memberi isyarat tanda plan dijalankan sekarang juga. Anna perasan isyarat itu. Dia menginform Ilya dan mereka bersiap sedia untuk keluar dan masuk dari pintu belakang kabin. Lebih senang. Tiada yang akan sedar.

---Di padang---

Alyia: One, Two , Three, Four! Again! One, Two Three Four!

Semua cheerleaders di situ sibuk memanaskan badan masing-masing tetapi masih ada yang sedang control cun. Ummi dan Nina lah! Jejaka pujaan hati mirip Kamal Adli, Abang Kamal sedang duduk di tepi padang memerhati mereka berlatih. Sekiranya ada apa-apa kesulitan, dia boleh tolong.

Setelah selesai memanaskan badan, Alyia menunjukkan koreografi terbaru yang dikoreograf dengan kemas dan mendapat persetujuan ahli atasan The Champions dan cikgu koreografer upahan khas, Cikgu Linda. Siap dipuji-puji lagi! Tiba-tiba,

Ummi: Ouch! Alyia! Ouch!

Pada mulanya, Kamal tidak sedar Ummi jatuh (kononnya). Tetapi, kerana semua ahli cheerleaders berhenti berlatih dan pergi ke arah Ummi, Kamal terus datang pada Ummi membuatkan Ummi senyum...

Kamal: Ummi kenapa?
Ummi: Saya rasa, kaki saya terseliuh..
Kamal: Mari saya papahkan..
Ummi: Boleh.. 
http://sekolahsribangsar.com/components/com_kunena/template/default_ex_bsb/images/english/emoticons/tongue.png http://sekolahsribangsar.com/components/com_kunena/template/default_ex_bsb/images/english/emoticons/tongue.png (dalam hati :: Yeay!! Abang Kamal papah Ummi,,. yeay! yeay!!

Dari jauh, jelas kali kelihatan di air muka Sharina, .. cemburu!!

--KABIN--

Anna: Selepas itu.. Guna kompas untuk..
Ilya: Sekejap! Anna! Tengok luar!
Anna: Hah?

Alamak! Nampaknya, Ummi dengan Abang Kamal sedang menuju ke arah kabin The Prettybabes! Macam mana ni?

Anna: Ilya! Situ! Nyorok kat situ!
Ilya: Okey..

Ilya pergi menyorok di dalam timbunan pakaian yang bersepah. Anna pula kerana mahu cepat, menyorok di bawah katil. Beberapa saat kemudian, pintu kabin terbuka dan mereka terdengar dua suara yang amat dikenali...

Ummi: Terima kasih ya, Abang Kamal!
Kamal: Sama-sama. Dah jadi tanggungjawab Abang. Abang kena jaga kamu semua!
Ummi: Ya ke?
Kamal: Ya... Abang nak kena pergi ambil First Aid Kit sekejap. Abang nak rawat kaki kamu.
Ummi: Kejap! Abang!
Kamal: Ya?
Ummi: Boleh saya nak phone number abang?
Kamal: Kenapa?
Ummi: Um.. Umm..
Kamal: Umm?
Ummi: Hah! Manalah tahu, bila Abang Kamal pergi ambil First Aid Kit, Ummi perlukan sesuatu?
Kamal: Hmm.. Betul juga! Ni nombor telefon abang: 01*-*******
Ummi: Terima kasih Abang Kamal!!

Anna dan Ilya sama-sama rasa nak tergelak lagi-lagi apabila mereka dapat melihat kejadian tadi tu. Sebelum mereka keluar dari tempat menyorok, Ummi..

Ummi: Yeay!! Aku berjaya! Yea, yea!! Taktik aku berjaya! Bestnya!! Dapat dipapah oleh Abang Kamal, pastu dapat phone number dia, lagi best.. Tak payah berlatih tengah-tengah panas!! Yeaaaa!!!

Dalam keseronokan Ummi, dua lagi makhluk tuhan sedang gelak tertahan-tahan kerana perubahan ketara Ummi yang pada mulanya, memang control cun berubah menjadi macam... peminat yang sungguh-sungguh fanatiknya!

Ummi: Hm... Agaknya Abang Kamal tengah buat ape ye? Lama sangat dia pergi.. Mintak-mintaklah Nina tak masuk sini.. Karang kena aku dengan dia! Ish.. Apelah aku ni.. Cakap dengan diri sendiri pulak.. Nak pergi tengok lah ape yang 'KA' buat...

Anna dan Ilya melepaskan keluhan yang kecil. Nasib mereka baik. Ummi tak lama kemudian keluar dari kabin sambil jalan sedikit tidak betul kerana kononnya sakit kakilah...

Anna: Ilya! Line Clear! Salin cepat-cepat so we can get outta here!
Ilya: Roger!

Setelah Anna dan Ilya selamat keluar dari kabin The Prettybabes, Ummi kembali semula tetapi kali ini cara dia berjalan sudah pulih semula. Tidak lagi terenjot-enjot (tk tau cmne nk eja) berpura-pura kaki terseliuh. Sekali pandang, dah macam jalan catwalk pula!
Ummi juga tadi pergi dengan muka yang gembira kini kembali dengan muka yang masam.

Di tangan Ummi, ada surat khabar pancaindera minggu lepas. Terpapar gambar artis kegemarannya, Kamal Adli bergandingan dengan Intan Ladyana. Hati Ummi rasa sedih sama sekali. Kan bagus kalau itu gambar Kamal Adli dengan Ummi.. Tambahan lagi, masa Ummi ke tempat Abang Kamal, dia terlihat, di sebelah tangan kanan Abang Kamal ada First Aid Kit. Di sebelah kiri pula, phone Nokia. Tahu-tahu sajalah dia sedang bermesej dengan siapa.. (Intan Dilyana sekiranya tidak tahu!)

Ummi: Argh!! Geramnye!! Tak suka! Tak suka! Huhu...

----KABIN THE COOLBABES----

Kebetulan ketika Anna dan Ilya masuk kembali dalam kabin mereka, latihan cheerleading sudah pun habis. Kelihatan ahli-ahli The Coolbabes yang menyertai cheerleading semuanya lemah longlai. Penat sangat agaknya! Dahlah kat luar tengah panas terik! Dalam pada itu, sempat lagi Sheqah, sebagai ketua bertanya kepada Anna dan Ilya..

Sheqah: So? Mission F.O.I.L kita berjaya tak, Anna? Ilya?
Anna: Succeed dengan jayanya!
Syaza: Bagus!! Lepas kitorang mandi, kita bakal jalankan fasa 2 pula..
Ilya: Does it include us?
Syaza: Tengoklah dulu..

----KABIN THE PRETTYBABES----

The Prettybabes pulang ke kabin semula dengan hilaian gelak tawa yang meriah memenuhi seluruh kabin itu. Walau bagaimanapun, sempat juga mereka menjenguk Ummi yang sedang berbaring ( bukan tidur! ) di katil.

Alyia: Ummi!
Ummi: Yes..
Cuna: Kenapa nampak macam tak bermaya je?
Ummi: Korang semua.. Tengok ni..

Ummi menghulurkan senaskah surat khabar kepada Cuna untuk dikongsi tatapan mata keenam-enam orang gadis berumur 17 tahun itu. Gambar Intan Ladyana bersama Kamal Adli ada di situ. Mereka bergandingan memakai baju raya berwarna putih. Memang nampak sepadan bersama! 10 saat mereka semua menatap gambar tersebut, barulah mereka faham..

Cuna: Ummi.. Jangan bersedih..
Ummi: Hmm.. Abang Kamal sekarang ni.. Asyik sibuk je dengan Intan Dilyana tu! Tak sukanya!!
Meera: Sabarlah Ummi..
Ummi: Meera.. Tau tak? Rasa macam nak nangis je!!
Yana: Sabarlah..

Ayu tadi , sedang lima lagi ahli The Prettybabes memujuk-mujuk Ummi, dia pergi membuat koko special panas special untuk Ummi. Dia kemudiannya datang ke dalam bilik tidur, dan memberi terus mug teddy bear Ummi kepada pemiliknya..

Ummi: Ayu? Awak buat koko ni untuk saya? Yea!! Koko panas Ayu... Hmm.. Slurrp!! Sedapp!!
Ayu: Suka saya tengok awak minum!
Shikin: Ayu..
Ayu: Kenapa?
Shikin: Kami nak jugak...
Yang lain : Ha;ah..
Yana: Tak main lah Ummi saja yang dapat!
Ayu: Yelah.. yelah.. saya buat lagi enam. Five untuk semua, satu untuk saya!
Cuna: Thanks, Ayu!

Episod 1: The Prettybabes Vs The Coolbabes : Part 4

Ketujuh-tujuh ahli The Prettybabes berdiri dengan kaki mereka ( yela.. tkkan dgn tangn kot..) di hadapan rumah Puan Hajah Zainah. Kemudian , Alyia selaku ketua, menekan loceng rumah Puan Hajah Zainah yang agak besar itu. Yela.. Rumah banglo dua tingkat... Kaya lah tu!

Pintu pagar terbuka sebaik sahaja Puan Hajah Zainah menyedari anak-anak muridnya yang berada di luar itu. The Prettybabes, yang memang pakar lakon, sama-sama melakonkan muka kononnya sedang berasa risau dan gusar. Puan Hajah Zainah boleh lihat dari atas biliknya, tujuh orang murid perempuan yang agak terkenal sedang tercegat di hadapan rumah.

Alyia: Okey! Put on your petty faces everybody! She's coming down!

Puan Hajah Zainah cepat-cepat mengambil robe nya, memakai tudung dan keluar dari pintu. Dia kemudian mengajak mereka bertujuh masuk ke dalam rumahnya yang cantik itu.. Apalah pelan The Prettybabes?

Puan Hajah Zainah: Ada apa sampai kamu terpaksa datang ke sini?
Alyia: Sebenarnya puan, kami tahu, kami bersalah..
Puan Hajah Zainah: Apa? Kamukan dah volunteer nak jaga bebudak Tingktan 4 tu?
Alyia: Itulah maksud saya, puan. Masa kami sampai di sekolah, kami tidak dapat lihat walau seorang pun yang ada , budak Tingkatan 4. Yang kami lihat , hanyalah nota ini::

Kepada ahli-ahli The Prettybabes yang cantik lagi jelita,

~ Surat ini khusus untuk ahli-ahli The Prettybabes. Kami sedang main sorok-sorok dengan akak-akak semua. Yelah.. Nak tahu juga kepakaran agak main hide and seek. Selamt mencari kami! 


Sebenarnya, surat itu sudah pun ditulis beberapa hari yang lalu oleh Ayu, kerana tulisannya memang cantik! Puan Hajah Zainah sedikit terkilan dengan surat itu. Dia berasa ragu-ragu. Takkanlah budak sebesar Tingkatan 4, 16 tahun, mahu juga main sorok-sorok? Tak logik! Lagi-lagi budak perempuan. Biasanya, main kejar-kejar. Tapi.. tidak mustahil..

Puan Hajah Zainah: Baiklah. Saya akan ke sana sekarang dan saya mahu kamu mengikut saya sekali.
Alyia: um...

Pelan mereka hanyalah untuk membuatkan para pelajar Tingkatan 4 didenda kerana mengotorkan tempat sekolah apabila diketahui oleh Puan Hajah Zainah. Mereka sepatutnya tidak terlibat dan terus pulang ke rumah.

@@@@@@@@@@

Rumah Puan Hajah Zainah dan Sekolah Seri Bangsar tidaklah jauh. Dalam perjalanan ke sana, Puan Hajah Zainah tidak habis-habis menyoal mereka, The Prettybabes. Dia memandu keretanya dengan agak laju. The Prettybabes yang agak risau kerana takut Tingkatan 4 mengatakan ini semua perbuatan mereka. Tetapi, mereka tetap cover dengan Puan Hajah Zainah. Apa sahaja yang ditanya oleh Puan Hajah Zainah Binti Abu Bakar, dijawab 'Saya tak tahu, puan'.


Akhirnya, mereka sampai juga ke sekolah. Puan Hajah Zainah terus memparkir kereta di tempat reserved dan pergi ke tapak perhimpunan di mana mereka semua sepatutnya berada. The Prettybabes terlupa. Mereka telah pun meletakkan nama-nama group di whiteboard di hadapan tapak perhimpuhan. Puan Hajah Zainah cepat sahaja menyedari perkara itu dan meluru ke arah whiteboard tersebut. Dibacanya senarai tersebut berulang kali.

Puan Hajah Zainah: Cuna! Yana! Alyia! Ayu! Ummi! Meera dan Shikin! Pergi cari sendiri group kamu!

The Prettybabes hanya menuruti perintah Puan Hajah Zainah kerana tidak mahu dia mensuspek apa-apa. The Prettybabes pulang kembali ke tempat kejadian masing-masing dan membawa semula mereka ke tapak perhimpunan secara terpaksa.

Cuna kembali dengan keenam-enam ahlinya. Semua di dalam group Cuna memandang ke bawah, ada yang baju sekolahnya yang putih itu sudah bertukar kotor akibat cuba memanjat pintu tandas keluar dari situ.

Yana pula, juga complete dengan semua ahli groupnya. Ada yang baju sekolah itu sudah tercemar dengan tahi cicak. Mereka semua berbau busuk. Mungkin sebab bau tikus mati sudah menyerap ke badan masing-masing.

Alyia datang dengan cukup-cukup kesemua ahli-ahlinya yang sekarang sudah pun ditutupi dengan Slime. Satu badan mereka dipenuhi dengan Slime. Manakan tidak, terpaksa berendam dalam Slime. Waktu Alyia membuka pintu, dia terlebih dahulu menyerap slime barulah dia membuka pintu.

Ayu juga begitu. Ahli-ahlinya semua dengan muka yang manis dengan Banana Busuk Pie. Kesian.. Baju sudah dikotori dengan segala jenis manisan busuk yang pernah digunakan di kantin.

Ummi, Meera dan Shikin kembali dengan kesebelas-sebelas ahli mereka itu, ketakutan dan ramai yang sudah disengat dengan lebah. Kaki mereka walaupun tidak nampak, tapi jelas sekali kelihatan yang mereka letih dikejar oleh hantu jelita dan lebah.

Puan Hajah Zainah melihat sahaja situasi itu, dia terus naik angin. Berang dengan keadaan semua budak-budak perempuan yang ada disitu. 35 orang. 35 orang anak murid perempuan Tingkatan 4 yang bakal melompat ( bukan lompat tinggi-tinggi!) ke Tingkatan 5 lusa. Mesti ada sebab mengapa mereka semua begitu.

Puan Hajah Zainah: Apa yang kamu semua buat sampai jadi macam ni?!!
Tingkatan 4: Sebenarnya...

Ayu sempat mengugut mereka sebelum mereka memberitahu Puan Hajah Zainah apa yang berlaku sebenarnya. Nampak sahaja muka sinis Ayu, mereka tidak jadi mahu bersuara. Mereka faham, sesuatu yang buruk bakal berlaku sekiranya menolak ugutan Ayu itu.

Puan Hajah Zainah: Sebenarnya??
Tingkatan 4: Umm...
Puan Hajah Zainah: Kamu main nyorok-nyorok kenapa?
Nina *theABS*: Kami tak main...
Tingkatan 4: Ehem.. ehem..
Nina*theABS*: Takde pape..
Puan Hajah Zainah: Kamu tahu tak saya bagai naik gila bila dapat news dari Senior kamu? Saya tahu, pada hari cuti ni, kamu nak duduk rumah! Tapi, janganlah sampai macam ni!
Tingkatan 4: Sorry...
Puan Hajah Zainah: Sorry tak cukup! Kalau kamu benar-benar sorry, kamu semua akan dihukum mencuci setiap tempat yang telah pun kamu kotori! Bilik audio.. Bilik denda.. setiap tandas di sekolah,bilik stor 5 Forever dan juga Kantin! Dan kamu, gadis bertujuh, kamu akan menyelia mereka semua! Sekiranya mereka tidak melakukan kerja, report pada saya. Dah! Semua boleh balik! Kerja kamu start masa start sekolah. Bersurai.

The Prettybabes kini tersenyum gembira. Tidak sangka, apa yang disangka buruk rupa-rupanya baik. Bukan sahaja mereka dapat melihat Tingkatan 4 dimarahi oleh Puan Hajah Zainah tetapi dapat merosakkan lagi hari Tingkatan 4! Hoho.. Gembiranya!!

The Coolbabes pada mulanya mahu melawan tetapi oleh sebab Tingkatan 4 yang lain tidak mahu mendapat trouble, mereka terpaksa berdiam diri sahaja. Habislah The Prettybabes kali ini! Lusa, giliran The Coolbabes pula melawan. SIAPLAH!!

%%%%%%%%

Ummi: Bagi bersih sikit! Mangkuk tandas tu masih kotor!
Alyia: TU! Tengok kat situ! Ada lagi spot Slime kat situ! Bersih!!
Yana: Eh? Tak nampak ke? Sarang tikus tu masih ada! Cepat buang!
Cuna: Cepat clog tandas tu! Masih tersekat tau tak?!
Meera: TU! Tahi cicak masih ada!
Ayu: Cepat!! Kantin ni, tak cukup bersih! Mop tu bagi betul sikit!
Shikin: Woi! Ape rilek-rilek? Cepat bersihkan cobweb tu!!

Tak habis-habis The Prettybabes mengarah Tingkatan 4 membuat kerja. Nampak sangat muka mereka terlebih gembira kerana pelan mereka berjaya. The Coolbabes walaupun rasa hendak memberontak bergetar dalam hati, tetap ditahan kerana tidak lama lagi bakal tiba waktu dan saatnya The Prettybabes pula dimalukan!

&&&&&&&&&&&

Petang itu, Cikgu Rosma membuat pengumuman::

Perhatian kepada semua Pelajar Seri Bangsar! Sila ke tapak perhimpunan sekarang!!

Tidak sampai 5 minit, semua pelajar Seri Bangsar sudah pun sedia beratur di tapak perhimpunan dengan teratur. Di barisan Tingkatan 5, kelihatan wajah-wajah The PrettyBabes amatlah gembira. Agaknya, mereka sudah pun mengetahui apa yang bakal diumumkan oleh pengetua sebentar lagi.

Puan Hajah Zainah: Salam , semua! Petang ini, seperti biasa, ko-kurikulum bakal dijalankan. Sebagai permulaan hari ko-kurikulum, saya ingin membuat satu pengumuman. Sebelum itu, saya minta ahli cheerleading tampil ke hadapan.

Apa lagi? Dengan sepantas kilat, ketujuh-tujuh ahli The Prettybabes sudah pun tercegat dengan senyuman yang manis di tapak perhimpunan. Mereka bertujuh sememangnya yang paling berpengaruh kerana kekayaan dan kejelitaan mereka.

Puan Hajah Zainah: Sekiranya semua mahu tahu, pasukan cheerleading sekolah kita bakal mengharungi Cheer-Offs pada bulan hadapan, Februari. Tempoh masa berlatih tidak lama, hanyalah selama 4 minggu, bermula pada hari ini. Saya mahu berikan mikrofon kepada Alyia, penolong ketua kelab cheerleading tahun lepas dan ketua cheerleading pada tahun ini.

Alyia: Terima kasih, Puan Hajah Zainah. Buat makluman semua, kami bakal mengadakan auditions untuk...

Belum sempat lagi Alyia menghabiskan kata-katanya, tujuh belon berisi lumpur secara serentak jatuh ke atas kepala mereka bertujuh. Albab, antara jurugambar magazine sekolah, segera menangkap gambar mereka bertujuh berbasah dengan lumpur.

The Prettybabes: OH MY GOD!!!!

Ketujuh-tujuh mereka tidak terfikir pun mahu memandang ke atas melihat siapakah dalang pembaling belon lumpur. Siapa lagi jika bukan Tingkatan 4 yang di prank semalam! Terutama sekali The Coolbabes. Pada mulanya mereka memang sudah merancang untuk melakukan rancangan itu sesama sendiri sahaja tetapi akibat prank habis-habisan The Prettybabes, mereka bertekad untuk mengajak sekali kesemua Tingkatan 4 tersebut! Di atas bangunan sekolah, mereka sudah pun bersorak kegembiraaan kerana The Prettybabes malu habis!

Audience tak habis-habis gelak terbahak-bahak kerana terjatuhnya lumpur ke atas The Prettybabes, kumpulan paling glamor di sekolah. Yelah, inilah peluang melepaskan geram jika tidak, mesti dibuli habis-habisan. Cikgu Rosma juga turut tersenyum melihat kelibat The Prettybabes. Puan Hajah Zainah juga hampir mahu gelak tetapi cuba menahannya kerana tidak mahu mereka dimalukan.

Puan Hajah Zainah: Tidak mengapalah, Alyia. Biar saya sahaja yang buat pengumuman itu. Para pelajar, pada petang ini akan diadakan latihan Cheerleading di padang sekolah. Siapa yang berminat bolehlah datang. Yang tidak berminat haruslah tunggu di sini dan akan dikawal oleh Cikgu Rosma. Alyia yang akan menguruskan segala-galanya. Sekian.

Cheerleading tryouts pada hari itu tetap juga diteruskan untuk mencari pelapis-pelapis dan pengganti cheerleaders yang teramat hebat. Ketujuh-tujuh The Prettybabes sudah sedia nama mereka di 'reserved' pada list nama ahli pasukan cheerleader.

Ahli-ahli The Coolbabes, The Cutebabes juga The AB Sisters tidak ketinggalan. Mereka juga punya peluang yang lebih cerah untuk masuk cheerleading team. Lagi-lagi apabila mereka yang paling berpengaruh di sekolah itu.

The Prettybabes bernasib baik pada hari itu kerana Pak Tam sanggup menghantar baju-baju sports untuk mereka. Tidaklah berbasahan dengan lumpur! ( masa kena dengan LUMPUR tu, baju sport tengah pakai ) ..

Alyia: Okey! Berkumpul dekat sini! Kami dikehendaki mencari koreografer baru sama ada dikalangan kami, atau dikalangan kamu semua! Sebelum itu, kita akan ikut dance moves yang terdahulu. Saya akan tunjuk beberapa kali sahaja. Cuna, Yana, Meera, Ummi, Shikin dan Ayu akan tengok kamu semua. Siapa yang disuruh keluar, harap maaf! Let's start! Shikin! Start the music!!

Muzik bermula dan Alyia menunjukkan kepakarannya menari. Yang lain cuba untuk mengikut gerak tari Alyia yang lincah. Tidak sampai 10 saat, separuh sudah dari Tingkatan 4 dan 5 girls terkeluar. Budak lelaki di 'ban' dari kawasan padang kerana tidak mahu mengalih fokus mereka berlatih. Tidak sangka, sekarang, hanya The Coolbabes, The Cutebabes dan juga The AB Sisters dan beberapa Tingkatan 4 dan 5 sahaja yang tinggal. Mereka yang lain sudah pun terkeluar kerana silap gerak tari.

Alyia: Okey! Stop the music! You all are the chosen ones. For the first round. Second round. Kami akan test kamu semua dengan satu lagi gerak tari untuk satu group seorang. Ingat! Hanya sedikit sahaja yang akan dipilih!

Alyia mula menunjukkan rutin gerak tari cheerleading yang sepatutnya untuk setiap kumpulan. Sepatutnya, dia memberikan gerak tari yang lebih senang untuk dipelajari tetapi gerak tari yang susah juga dipilihnya.

Alyia: Okey! Start dancing …now!

Semua yang dari tadi memerhati sahaja Alyia, mula menari dan berjoget atau lebih senang, bersorak dengan sepenuh hati dengan harapan dapat masuk ke dalam senarai cheerleaders. 5 minit kemudian, Alyia ….

Alyia: Okey! Stop! Time’s up and we will pin the results on who makes it to the squad and who doesn’t at the notice board of Seri Bangsar. You all may go home now.

$>$>$>$>$>$

Keesokan harinya, semua pelajar perempuan Seri Bangsar yang pergi ke cheerleading tryouts itu bergegas ke arah notice board. Kelihatan ada yang menangis dan ada juga yang sedang melonjak kegembiraan. Mari kita lihat siapakah yang berjaya menangani gerak tari The Prettybabes yang teramatlah susah~

~ Alyia Farzana
~ NurJannatul Husna
~ NorDayana
~ Ummi Asifa
~ Nor Ameera
~ Nurul Ashikin
~ Ain Nadiera Ayu
~ Nabilah
~ NurShafiqah
~ Hanan Hidayah
~ Anis Syaza
~ Ain Syuhada
~ Nur Sharina
~ Aliah Izzati
~ Wan Eryfa Alya
~ Amira Syabihah
~ Nur Farhah Wahidah
~ Nurina
~ Siti Syahirah
~ Nurul Fatin Amirah
~ Nur Addina Ezlia
~ Lili Amnah
~ Rosliza Rohayu


Tepat-tepat 23 orang yang dipilih oleh The Prettybabes sekalian. Cukup-cukup sahaja seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Jasmin. Jikalau perasan, kebanyakannya Tingkatan 4. Adakah The Prettybabes sudah gila hanya memilih kebanyakan Tingkatan 4? Jawapannya tidak. Tujuan sebenar mereka berbuat sebegitu adalah untuk membuli mereka dengan lebih parah! ... dan juga kerana mereka boleh mengikut gerak tari yang ditunjuk..

Pada pagi itu, tiba masanya untuk bersarapan pagi. The Pretybabes dan The Coolbabes sama-sama sudah pun duduk di tempat masing-masing. Dalam suasana bising di kantin, tiba-tiba sahaja The Prettybabes bangun dari tempat duduk masing-masing.

Alyia: Everybody! Quiet!!

Mendengar sahaja arahan Alyia, mereka semua serta-merta senyap. Tidak mahu mencari fasal dengan Alyia, anak TAN SRI yang berpengarun. Walau bagaimanapun, hanya The Coolbabes sahaja yang berterusan bergosip sesama sendiri dan berbual dengan kuat. Alyia, melihat perkara itu, dia terus berang..

Alyia: Bukan saya dah kata ke, semua senyap?!


Tiba giliran The Coolbabes pula bangun. Suspen sungguh pada masa itu. Suasana bising pada mulanya menjadi betul-betul senyap. Tiada siapa yang berani berbunyi pada masa itu.

Sheqah: What power do you have against me?
Alyia: Hey, Junior! Shut up!
Sheqah: Junior? Yes! Memang saya Junior! But you didnt have to be rude!
Alyia: Suka hati saya lah!
Sheqah: Oh... suka hati ya?? Girls! Lets go!!
Alyia: Fine! Jom!

Meja The Prettybabes dan The Coolbabes memang berjauhan. Ini supaya tidak tercetus perbalahan. Tidak sangka, terjadi juga. Meja yang terletak di tengah-tengah diketepikan oleh beberapa atlet sekolah yang hensem dan kacak. Bagaikan mereka sudah tahu meja itu mestilah diketepikan.

Tiba di tengah kantin yang besar, akhirnya, The Prettybabes dan The Coolbabes face-to-face. Alyia dengan Sheqah. Syaza dengan Cuna. Yana dengan Hanan. Anna dengan Ayu. Ummi dengan Nabilah. Meera dengan Ilya. Shikin dengan Ain.

Sheqah: Throw it!

Serentak, The Coolbabes baling Cream Pie ke arah muka The Prettybabes. Kantin yang senyap tadi terus menjadi bising akibat gelak tawa para pelajar Seri Bangsar. Tetapi, gelak tawa itu hanyalah sementara. Mereka tahu apa akibatnya sekiranya mentertawakan The Prettybabes,diantara kumpulan yang paling berpengaruh.

Alyia: How dare you!!!
Sheqah: Nape? Nak lagi??
Alyia: It is on!! Girls!

The Prettybabes pula mencampakkan bungkusan nasi lemak ke arah muka The Coolbabes.. Agh!! Kotornya!! Sudahlah nasi lemak yang bersambal! Lemaknya juga banyak!
The Coolbabes serta-merta membaling kembali sos tomato ke arah The Prettybabes. Malangnya, satu percikan terkena pada salah seorang dari The Guys ( Kumpulan lelaki paling hensem )

Fairuz: FOOD FIGHT!!!

Semua pelajar Seri Bangsar mula baling makanan ke arah satu sama lain. Lagilah The Prettybabes dan The Coolbabes. Mereka bersungguh-sungguh mencampakkan makanan yang sedap. Membazir betullah... Ada juga cheeseburger yang sedap tercampak ke lantai. Fuh.. Inilah orang kaya...

Pelajar Seri Bangsar tidak habis-habis melontar makanan ke arah satu sama lain sehinggakan mereka tidak sedar bahawa waktu rehat sudah pun habis dan satu pun dari mereka tidak berganjak dari kantin. Oleh sebab itu, Cikgu Rosma selaku guru disiplin membuat keputusan untuk pergi ke kantin. Manakan tidak, para pengawas juga join Food Fight itu! Tiada yang membuat rondaan.

Sedang Cikgu Rosma berjalan memakai kasut tumit tinggi jenama PrimaVera itu, tiba-tiba satu percikan mustard terkena pada muka yang bersolek Cikgu Rosma. Serta-merta, satu jeritan yang nyaring dari mulut Cikgu Rosma menyebabkan semua pelajar Seri Bangsar berhenti baling makanan ke arah satu sama lain.

x_x_x_x_x_x

The Prettybabes dan The Coolbabes duduk sebaris di dalam pejabat pengetua, Puan Hajah Zainah. Mereka tidak habis-habis bertikam lidah mempertahankan satu sama lain. Yalah, demi mengelak dari apa-apa hukuman...

Puan Hajah Zainah: Sudah! Sudah! Saya dah tentukan dah! Kamu memang tidak boleh bersama! Kamu! The Prettybabes! Apakah salah adik-adik kamu ini, sehinggakan kamu mahu membuli mereka? The Coolbabes! Patutkah kamu tumpahkan sebaldi lumpur ke atas kepala kakak-kakak kamu? Kamu patut berasa malu! Sedangkan kamu yang memulakan food fight yang tidak perah langsung berlaku di Seri Bangsar!
Alyia dan Sheqah: Tapi puan..
Puan Hajah Zainah: Tak ada tapi-tapi! Saya, secara officialnya, membuat keputusan , untuk kamu dihantar ke camp selama dua minggu! Ahli-ahli cheerleaders juga akan bersama kamu cuma akan diasingkan. Kerana saya tidak mahu latihan cheerleading berhenti. Di sana, kamu akan dijaga dengan fasilitator kem. Dissmiss.

Ah!! Betapa parahnya hukuman yang telah dibuat oleh Puan Hajah Zainah! Bagi The Prettybabes dan The Coolbabeslah.. Apakah yang bakal berlaku? Nantikan Episod seterusnya.. Episod 2!!

^_End Of Episode 1_^

Episod 1: The Prettybabes Vs The Coolbabes : Part 3

Group 2: Yana

~ Syaza
~ Hanan
~ Munirah
~ Shera
~ Bella
~ Nia

☻-☻-☻-☻-☻

Yana bertindak membawa mereka ke Kelas 5 Forever. Ketika itu, 5 Forever kosong kerana hari itu hari orientasi untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang lompat tingkatan. Jadi, tingkatan yang lain semuanya cuti.

Nia: Um, kita nak belajar ke dalam kelas ni?
Yana: Taklah. Kita nak pergi dalam lagi kelas ni. Ikut saya, cepat.

Mereka hanya mengikut sahaja Yana. Tiada kata lain. Syaza dan Hanan sedang berasa risau kerana mesej terbaru dari Sheqah dan Nabilah tidak ada. Mesej terakhir:


From: Sh!q@h

~Okey. We are going in. Dah masuk nanti we'll text ya~


Yana membawa mereka masuk ke dalam bilik stor 5 Forever. Dia menyelak beberapa barang yang disandarkan di dinding. Setelah itu, jelas ternampak sebuah pintu yang berwarna hijau.

Yana: Ambil blindfold ni.

Yana menghulurkan enam blindfold kepada keenam-enam pelajar itu. Mereka kemudian mengikat blindfold ke mata mereka.

Yana: Nia! Masuk dulu. Since you are the one who wants to know sooo much.
Nia: Okey..

Baru sahaja satu langkah masuk, sudah pun terdengar bunyi Nia menjerit AAAAAAAAAAAAAA!! Shera dan Munirah melangkah masuk bersama-sama dan mereka juga menjerit! 1 saat kemudian, terdengar bunyi kuat DUPP!! Seterusnya, Syaza dan Hanan. Mereka masuk juga berlaku perkara yang sama. Apabila mendengar jeritan lima orang tadi, Bella menjadi sedikit takut untuk masuk ke dalam.

Yana: Bella! Go in!
Bella: Takut...
Yana: Nak saya tolong??

Yana lantas menolak Bella masuk ke dalam pintu itu. Apa lagi? Bella menjerit sekuat hatinya! Sampai sahaja dibawah, Bella terus membuka blindfold nya. Syaza, Hanan, Shera, Munirah dan Nia sudah pun membuka blindfold mereka. Mereka terlihat Yana dari muka pintu tempat yang mereka jatuh itu.

Yana: Enjoy your stay here with the cockroaches!
ENAM-ENAM: LIPAS???
Yana: Ha'ah.. And tidak tertinggal , cicak dan juga tikus!
ENAM-ENAM: WHAATt???

hUHUH.. Kesian betul pada mereka.. Memang apa yang Yana katakan itu benar. Tahi cicak merata-rata! Silap-silap, ada juga bercampur dengan telur lipas. Syaza memang geli lipas dan tikus. Tiba-tiba, Hanan terbau sesuatu yang busuk.

Hanan: Ewww!! Bau apa tu? Korang bau tak?
Syaza: Saya bau! BUsuk!!
Bella: Blueekkk! Busuk!!
Shera: Busuknya!!
Nia: Apalah bau busuk tuh??
Munirah: Tu!!!! Ewe!!!!!!
Hanan: HAH??? Ada tikus mati!!!

------------

Group 3: Alyia

~ Nina (TheABS)
~ Niesa (TheABS)
~ Farhana (TheCutebabes)
~ Anna (TheCoolbabes
~ Amira (TheCutebabes)
~ NurAmirahFarzana

♥-♥-♥-♥-♥

Lain pula kisahnya dengan Alyia. Dia membawa mereka semua ke sebuah tempat. Tempat yang bernama BILIK DENDA. Bilik denda sepatutnya tempat istimewa Cikgu Rosma kerana dia sering mendenda pelajar pada setiap hari. Tetapi, hari ini, Pengetua, Cikgu Rosma dan juga cikgu-cikgu lain dah out, sebab hari orientasi dan juga sebab The Prettybabes sudah pun terang benderang lagi men'volunteer'kan diri untuk menjalankan operasi hari orientasi Tingkatan 4. Tingkatan 1 diuruskan oleh Tingkatan 3 yang telah pun diugut membawa mereka pergi keluar dari sekolah. Hari ini orientasi murid perempuan sahaja. Sebab itulah pelajar lelaki tiada.

Alyia: Okey! Semua masuk ke dalam Bilik Denda!
Anna: Alyia..
Alyia: Yes?
Anna: Kenapa kita datang sini?
Alyia: Just go in and you will find out.

Mereka tidak mahu membangkitkan kemarahan cik Alyia Farzana lalu mereka akur dengan permintaan dia itu. Sebaik sahaja mereka masuk, setiap kaki yang melangkah masuk ke dalam bilik itu terasa melekit-lekit. Sampai di satu ruang dimana kaki mereka tidak mampu bergerak lagi. Rasa macam... glue!

Alyia: SLIME ON!
Yang lain: Huh?!

Sebaik sahaja Alyia berkata SLIME ON, terpancut sejenis liquid yang berwarna hijau juga melekit-lekit di atas kepala mereka.

Anna: Oh My God!
Nina: Geli!!
Farhana: Slime!
Niesa: That is,, taik hidung!!

1 minit tepat, pancutan SLIME itu berhenti.

Nina: Nasib baik..
Anna: I'm sooo slimy..
Alyia: Bye! Saya kena pergi dulu! Enjoy the sea slime!
Amira: Sea Slime?

Sebaik sahaja pintu ditutup, naik level 1 paras air hingga ke buku lali mereka. 5 saat selepas itu, naik ke betis. Kemudian ke lutut dan peha. Akhir sekali, sampai ke leher mereka.

Farzana: Macam mana kita nak gerak keluar ni?
Anna: Hang on! I'll get my phone!
Nina: Mine too!
Anna dan Nina: Eh? Mana ni?
Farhana: Mesti dah terapung sekali dengan slime ni..
Anna: Well... That cellphone is our only hope of getting out!
Niesa: Satu benda je boleh buat. Selam dan cari!
Yang Lain: Ewwww!!!

-----------------

Group 4: Ayu

~ Ain (TheCoolbabes)
~ Anis (TheABS)
~ Liya (TheABS)
~ Fatira (TheCutebabes)
~ Ilya (TheCoolbabes)
~ Marsha

♦-♦-♦-♦-♦

Ayu seperti namanya, memang ayu. Dia membawa keenam-enam ahli groupnya itu ke Kantin. Apa pula rancangan Ayu kali ini?

Ain: Akak..
Ayu: Kenapa?
Ain: Kita nak makan ke?
Ayu: Tunggulah dulu. Waktu rehat belum sampai lagi..
Ilya: ( bisik pada Ain ) Something is going on...
Ain: What do you mean?
Ilya: SMS dari diorang dah tk send yang baru..
Ain: Maksudnya?
Ayu: Okey, semua duduk! And Stop Talking!
Ain dan Ilya: Okey...

Ayu mempelawa mereka duduk di atas bangku kantin itu. Mereka berenam duduk sahaja tanpa bantahan. Ayu kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Itu remote control! Apa yang Ayu bakal buat?

Ayu: Robo! Datang sini!
Robo: YES MISS AYU.
Ayu: Mana cream pie yang saya mintak?
Robo: INSIDE THE KITCHEN.
Ayu: Good.
Robo: NAK SAYA AMBIL KE?
Ayu: Simpan dalam peti awak.
Robo: YES MISS AYU.

Ilya mula berfikir seketika. Mengapa Ayu hendakkan cream pie? Adakah mahu serve mereka? Perutnya berkeroncong, menyanyi lagu rock. Bisik hati Ilya, "Biarlah.. Aku lapar.."...

Robo: DATANG INI MISS AYU.
Ayu: Okey. Do it like we practiced.
Robo: YES MISS AYU.
Ayu: Okey,semua.. Dekat sini, makcik kantin hari ni cuti. So, akak nak bagi special treat untuk korang, BANANA CREAM PIE!
Yang Lain: Thank you!
Anis: Terima kasih!
Ayu: Oh.. No need to thank me..
Fatira: I can almost smell the wonderful .. Eik?? Bau apa ni?
Ayu: Akak tak nak ganggu korang.. So.. Bye!
Ain: Akak nak pergi mana?

Ayu tidak mempedulikan pertanyaan Ain. Dia berjalan dengan sopan santun, teratur ke tepi longkang kantin. Mungkin baginya tempat itu selamat. Tiba-tiba, kedengaran Ayu menjerit::

Ayu: ROBO!! NOW!!

Sepantas kilat, Robo membuka peti di dalam badannya itu dan membaling sekuat daya tangan robotnya itu, Banana Cream Pie ke arah mereka yang sedang duduk itu. Satu-persatu pie di baling, lagi-lagi, setiap pie itu terkena tepat pada sasarannya! Setiap di situ, kecuali Ayu, kena dengan serangan Banana Cream Pie itu cuma..

Marsha: Eh??!! Ini bukan Banana Cream Pie!
Ilya: Ini.. Banana Busuk Pie!
Liya: Banana Busuk Pie?
Ilya: Pisang yang dah busuk.. expiry date dah lepas..
Ain: Ilya! Watch out!!

Ilya tidak sempat mengelak. 'Banana Busuk Pie' terkena tepat di mukanya yang putih licin itu. Tocang kecil di rambut juga rosak. Sebaik sahaja tamparan Banana Busuk Pie terhinggap di mukanya, Robo berhenti beroperasi dan tiba-tiba sahaja tumbang.

Liya: I;m glad that was the last of it..

Oh tidak.. Bukan yang terakhir.. Ada banyak lagi! Secara tiba-tiba, segala jenis manisan, seperti Treacle, Maple Syrup, Chocolate, Vanilla Ice Cream dan macam-macam lagi, datang terbang ke arah mereka. Mereka berenam cuba untuk keluar dari Kantin itu. Sampai sahaja di pintu kantin, tiba-tiba.. BAM!! Pintu tertutup. Sebenarnya , tiada pintu pun di situ. Tetapi tiba-tiba sahaja ada pintu yang menutupi kantin besar itu. Sengsara mereka berenam asyik kena baling dengan buah-buahan , sayur-sayuran dan macam-macam lagi ke arah baju putih bersih mereka yang kini sudah pun kotor. Juga muka kurniaan Ilahi yang cantik sudah pun tercemar dengan pelbagai cecair liquid hasil Banana Busuk Pie..

Ain dan Ilya: AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

---------------------
Group 5: Ummi

~ Mira (TheABS)
~ Dina (TheABS)
~ RosLinda (TheCutebabes)
~ Athirah (TheCutebabes)
~ Tasha
~ Alia Azmi ( Phoenix)

Group 6: Shikin , Meera

~ DemitRia (TheCutebabes)
~ Abby (TheABS)
~ Nina (TheCutebabes)
~ Aqilah
~ Nia

♣-♠-♣-♠-♣-♠

Group 5 dan Group 6 pula di join kan bersama-sama. Ummi , Shikin dan Meera sama-sama berjalan beriringan bagaikan melupakan 11 lagi ahli group di belakang. Sampai di suatu tempat, mereka berhenti. 11 lagi orang di belakang juga turut berhenti mengikut rentak Ummi, Shikin dan Meera.

Ummi: Masuk cepat.

Yang lain mengikut sahaja. Mereka masuk ke dalam tempat itu dalam keadaan yang gelap teramat seperti tandas yang baru dijejaki oleh Group 1 tadi. Satu langkah.. dua langkah.. tiga langkah.. PREOOOOTTT...

Nina: Bunyi apa tu?
RosLinda: Toys lah..
Nina: Oh.. Buat orang panik je..

Tiba-tiba.. Muncul satu wajah yang cantik. Cantiknya.. fikir kesebelas-sebelas orang itu. Tanpa mereka sedari, 3D glasses telah pun disarung ke mata mereka. Bagaimana? Aku pun tak tahu.. (hehe)

Abby: AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHH!!
Meera, Shikin dan Ummi: Enjoy your stay at the HAUNTED ROOM OF SERI BANGSAR!
DemitRia: AAAHHH!!
Tasha:AAAAAAAAAAAAHHH!!!

Sebaik sahaja Ummi, Meera dan Shikin meninggalkan bilik gelap itu, kesebelas-sebelas mereka menjerit sekuat hati. Manakan tidak, wajah wanita yang cantik tadi itu bertukar menjadi wajah yang menakutkan lagi menyeramkan. Tidak berani mereka berpaling ke belakang. Bagaikan sudah terpukau dengan wajah wanita tersebut.

Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi BZZZ..BZZZ…

Marsha: Phone sape tu?
Semua: Not us!
Nina: Bees!!

@-@-@-@-@

Semua ahli The Prettybabes, Alyia, Cuna, Yana, Ayu, Ummi, Meera dan juga Shikin berkumpul semula di tapak perhimpunan di mana tempat asal semua Tingkatan 4 yang lompat tingkatan berkumpul. Ayu melihat jam tangan SWATCH di tangannya. Baru pukul 11 pagi. Sekejap sahaja kerja sudah beres.

Alyia: So? Macam mana?
Cuna: I got them all freaked out! Diorang definitely tengah merana terperangkap dalam tandas tu. Tak lama lagi diorang pasti akan tahu dalam tandas berhantu tu, ada penghuni kecil yang tidak mereka sukai yang sudah pun saya letak di dalam tandas sebelum sampai ke sini.
Alyia: Bagus. Yana?
Yana: Diorang memang sekarang sengsara dengan lipas, cicak dan tikus yang dah memang ada. Saya pasti, cicak, lipas dengan tikus itu sekarang mesti tengah berseronok ada teman yang baru dekat tempat tinggal diorang tu. Line tak ada so they can’t call for help. Stor tu dalam sangat lubangnya.
Alyia: Good work! Nak tahu saya pulak?
Yang lain: Nak!
Alyia: Sesaat sahaja tapak kaki diorang berenam yang masuk bilik denda Cikgu Rosma tu, Terus melekit-lekit kaki! Lagi-lagi sebab saya suruh diorang semua tanggalkan kasut. Seronok sungguh saya tengok diorang mandi tahi hidung or as the Nickelodeon Channel call, Slime! Mesti tengah happy berenang-renang dalam sea slime terima kasih kepada Professionalist yang saya upah nak buat slime tu! Diorang tak tahu, saya yang licik ni, dah awal-awal lagi cilok phone masing-masing. Mesti tengah berenang cari phone diorang yang kononnya tenggelam dalam slime..
Meera: Wow! Memang licik ketua kita!
Alyia: Ayu? How about you?
Ayu: I am very sure they are having a good time at feasting the sugar that makcik kantin buang tu! All sorts of kinds ada! Lagi-lagi dengan menu utama , Banana Busuk Cream Pie! Takdelah membazir semua makanan terbuang tu!
Alyia: Genius, Ayu! Genius!
Ayu: Alah… Sebab Alyia jugalah saya dapat laksanakan plan ni dengan perfect!
Alyia: Hehehe.. So.. Ummi, Meera and Shikin? What happens dekat kumpulan gabungan korang?
Ummi: Let me, Meera, Shikin. We let them in the Audio room macam yang awak suruh, Alyia! Mesti diorang seronok tengok cerita hantu yang memukaukan, thanks to Shikin’s brilliant acting!!
Alyia: Acting?
Meera: The ghost, the lady ghost, itu sebenarnya Shikin! She really did it! Dari wanita yang memang gila ayu and cantik, jadi perempuan hantu yang gila menakutkan! Sampai saya sendiri pun takut nak pandang!
Shikin: The best part is, masa lebah masuk dalam bilik audio tu! Really fun! Diorang memang definitely lari bertempiaran sebab nak lari dari saya aka the lady ghost and the bees!
Alyia: You all ARE the masters of pranking!
Yang Lain: WE KNOW!
Alyia: Okey! Kejap lagi Pak Tam datang hantar kita pergi rumah Pengetua Hajah Zainah!

The Prettybabes sememangnya merancang perkara ini. Pak Tam datang 1 minit selepas Alyia selesai berkata-kata. Kesemua ahli The Prettybabes seronok dan sedang tersenyum hingga ke telinga! Ini semua kerana prank yang berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pak Tam: Cik Alyia, kita dah sampai.
Alyia: Terima kasih, Pak Tam. Nanti saya call Pak Tam ambil kami semua.
Pak Tam: Baik Cik Alyia.